Pengalaman menduduki interview JPA dan MYPAC/Yayasan Peneraju PART 1

Assalamualaikum :)

Woah, maafkan saya sebab dah setahun lebih (atau cukup dua bulan) untuk tidak update apa-apa di sini?

Kata orang putih, long story short, saya dah lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia atau Malaysia's National Certificate of Education) dan bersyukur ke hardat ilahi atas keputusan yang agak cemerlang untuk saya. Sejujurnya, saya memang tak expect pun keputusan SPM saya hampir semua A...ada satu B tambah tau. Agak-agak apa? Hahaha...subjek tu tak A, tak boleh lah nak jadi engineer ya teman-teman.

Dengan keputusan yang serba boleh tu, saya sampai saje rumah terus apply je semua yang boleh.
Beberapa minggu lepas, saya telah pun menghadiri dua jenis temuduga untuk mendapatkan tajaan biasiswa untuk teruskan pelajaran di menara gading.

Saya nak cerita sikit lah pengalaman. Pada mulanya, saya agak ragu-ragu apabila mendapat jemputan daripada MYPAC (Malaysian Professional Accountant Centre) untuk menduduki CAT-ACCA Assessment. Sejujurnya saya memang gelabah untuk menerima berita ini sebab dengar-dengar macam susah since ACCA kan? Walaupun begitu, ramai kawan-kawan saya kata senang je soalan-soalan mereka (Mathematics dan English). Saya terima email tersebut betul-betul sehari sebelum hari assessment. Saya terus inform ayah saya tentang itu dan dia terus selesaikan semua dokumen-dokumen yang saya perlu bawa bersama. Sementara itu, ayah saya memang berharap saya berdikari dan pergi sendiri. Saya cuba hubungi rakan-rakan saya di Shah Alam untuk tumpangkan saya. Alhamdulillah, sahabat baik saya sedia untuk menerima saya (LOL). Dia pun tolong carikan tiket bas yang masih ada secara online. Akhirnya, saya dapat tiket pada jam 6.30 rasanya.

Sebaik sahaja ayah saya tiba di rumah, dia terus drop off saya di Larkin Sentral. Tak sangka gila Larkin dah lain. Hampir sesat juga cari mana kaunter tiket. Ada seorang makcik ni masuk ke mamak sebelah dan keluar balik dan khabarkan pada saya pintu masuk tiada. Aku tenung je satu pintu kecil ni dan nampak orang awam keluar dari situ. Aku pun ikut gerak hati dan terus jalan dan sampai pun ke dalam. Nasib baik mereka ada tampal penunjuk arah.

Nak cari kaunter tiket pun leceh sebab aku tak pasti dia ikut abjad ke, ikut populariti ke...kena juga tanya orang sekeliling.

Masa aku tengah tunggu bas sampai, aku carilah tempat duduk kat Platform C. (Aik dah guna Aku pula) I was holding my purse since I didn't want to ruin my bus ticket. Ada makcik Cina ni nampak dan pinta pada aku duit untuk makan. Aku bagi jelah.

Aku naik bas, dan aku dapat seat dua orang. Tapi aku seorang sahaja pada masa itu. Ibu aku ada bekalkan makanan sebab aku tengah ganti puasa. Terkantoi dengan pemandu bas tapi dia suruh habiskan je. Bas lambat gerak, aku rasa sebab ada orang pergi solat Maghrib dulu.

Tak lama lepastu, bas berhenti lagi dekat Tun Aminah. Ada seorang ibu Cina duduk sebelah aku.
Aku frust betul sebab terang-terang aku akan sampai leeway (tak sempatlah nak naik KLIA Transit) dan tempat cas semua memang sekadar hiasa sahaja.

Nasib baik kawan aku boleh ambil kat TBS.

Aku tidur lewat sebab risau apalah yang bakal aku duduki nanti.
Esoknya, aku sampai tak terlalu awal atau lewat.
Long story short, senang sahaja. Soalan-soalan Matematik dia macam solving problems dan ada satu sahaja soalan berkaitan Normal Distribution. Untuk English, sejibik macam kertas SPM.
Mereka akan provide kertas untuk kira-kira. Pensil bawalah sendiri.

(Nampaknya aku suka menaip panjang-panjang, okay, aku cut terus part interview)

Aku gelabah juga untuk interview MYPAC ni. Ramai kawan aku yang khabar mereka dapat panel yang pelbagai ragam. Ada seorang tu tak terima kawan aku sebab tak shake hands dengan dia. Ya Allah........padahal kami pernah diajar oleh orang luar tak payah pun.

Apa-apa pun, aku bersyukur sangat sebab panel aku baik-baik orangnya. Aku pakai pun ala kadar je, berbaju kurung kosong dan plain shawl. Antara soalan-soalan mereka ialah:


  1. Intoduce yourself
  2. What do you know about the program?
  3. What will you do if you dont get this scholarship?
  4. What was your study habit?
  5. What was your favourite subject?
  6. Do you have any questions to ask the panels? 


Okay. Jangan cemas. Senang sahaja soalan mereka ni.
 In sha Allah next post saya akan sambung 🌸







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menduduki interview JPA dan MYPAC/Yayasan Peneraju PART 2

La Tahzan :')