Rindu kerana terkenang?

Assalamualaikum :)


Tak dapat ku kata, besar mana rinduku ini.

Tak dapat ku lupa, saat-saat kita bersama.

Tak dapat ku lupa, apabila teman teman takut disoal diramah.

Tak dapat ku lupa, saat tangan dirotan.

Tak dapat ku lupa, kesalahn aku terhadapmu.

Tak dapat ku lupa, pengorbananmu terhadapku.

Walau sekecil zarah jasamu, tetap aku terima sebagai suatu pengorbanan.

Tak dapat ku lupa, gelak tawa mu.

Tak dapat ku lupa, wajah bengis mu.

Tak dapat ku lupa, saat air mata mu titis menyentuh bumi.

Tak dapat ku lupa, cerianya muka mu.

Tak dapat ku lupa, kau dampingi aku waktu ku bermurung.

Tak dapat ku lupa, saat kita bersama seperti ahli keluarga.

Tak dapat ku lupa, telatah mu melayan kepala anak anak muridmu.

Tak dapat ku lupa, keperihatinanmu ibarat ibu mithali. Memang mithali pun.

Tak dapat ku lupa, sabar mu.

Tak dapat ku lupa, gigih mu.

Tak dapat ku lupa, kata kata mutiara mu.

Tak dapat ku lupa, suara mu .

Tak dapat ku lupa, rupa wajah mu.

Tak dapat ku lupa, guru guru ku.

Meskipun tiada gambar yang menjadi simpanan ku.

Kalau ikhlas ku terima mu sebagai guru, tak akan perlu , aku, menyimpan gambar mu.

Gambar itu boleh lenyap bila bila, tetapi jasa dan pengorbananmu di hati ini, sentiasa tersemat dan dikenang.
Sukar sekali untuk ku lupakan. Biarpun ku sudah melanjut usia. 

Kecuali masalah saraf otak.

Inginku mengambil kesempatan ini, memohon ampun dan maaf. 
Restu dan berkat. 
Daripada pelita pelita ilmu ku. Yang telah mencurahkan ilmu dan mengesat peluh atas pengorbanan yang tidak dapat terkira kepada anak anak didiknya. Telah melalui lurah dan denai, meniti gigi hari...

Mohon dihalalkan ilmu dan segala yang kau berikan kepada kami.
Mohon kau ampuni atas segala perkara yang menjadi dengki.
Mohon kau berkati atas segala yang menjadi panduan kami.
Mohon kau restui kami.

Terima kasih. 
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih cikgu :) Saya sayang cikgu :) 

#BuatGuruGuruSKSriSkudaiYangTelahMengajarSayaSecaraFormalatauTidakFormal.

Comments

Maisara Rasid said…
rindu cikgu !! ya allah.. hanya Allah sahaja yang tahu
Maisara Rasid said…
ya allah !! rindunya cikgu! hanya allah sahaja yang tahu betapa rindunya kita kepada mereka

Popular posts from this blog

Pengalaman menduduki interview JPA dan MYPAC/Yayasan Peneraju PART 2

Pengalaman menduduki interview JPA dan MYPAC/Yayasan Peneraju PART 1

La Tahzan :')